Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Mendi komited dan bertekad dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah, kami akan memberi perkhidmatan berkualiti melalui budaya kerja cemerlang dan menepati kemahuan pelanggan berpandukan PKKP dan SKM Daerah Bera berdasarkan kepada piagam berikut :
- Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang terbaik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memastikan sekolah ini melahirkan murid yang cemerlang kurikulum dan kokurikulum.
- Memastikan sekolah ini melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut jadual waktu.
- Memastikan semua murid adalah pelanggan tetap dan diberikan perhatian serta layanan yang sama.
- Memastikan murid diberikan latihan bertulis yang secukupnya dan disemak dalam masa tiga hari.
- Mempastikan murid yang kurang menguasai 3M mendapat bimbingan pemulihan.
- Mempastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan murid sentiasa diberi keutamaan.
GURU
- Mempastikan semua guru yang mula berkhidmat di sekolah ini mendapat gaji tidak lewat dari tiga bulan.
- Mempastikan semua guru diberi peluang memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar bagi meningkatkan ilmu pengajaran dan pembelajaran.
- Mempastikan kebajikan guru diberi perhatian dan merahsiakan maklumat guru kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Memberi peluang kepada semua guru mempraktikkan kemahiran mengikut kebolehan masing-masing.
- Mempastikan semua peralatan pengajaran yang diperlukan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan sebelum sesi pengajaran bermula.
IBU BAPA / PENJAGA
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa / penjaga terhadap anak-anak mereka.
- Mempastikan ibu bapa / penjaga mendapat layanan mesra apabila berurusan dengan sekolah ini.
- Mempastikan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa / penjaga adalah sulit dan perlu dirahsiakan kecuali kepada mereka yang berhak.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan semua ibu bapa / penjaga dalam menyelesaikan masalah pembelajaran anak mereka.
- Sedia menerima pandangan yang membina bagi meningkatkan kualiti sekolah.
- Mengurus hal pertukaran murid serta rekod keluar / masuk murid kurang dari satu jam.
KAKITANGAN SOKONGAN
- Mempastikan kemudahan fizikal dan peralatan untuk menjalankan tugas mencukupi dan berkeadaan baik dan selamat.
- Mempastikan kebajikan kakitangan sokongan diberi perhatian.
- Mempastikan maklumat peribadi kakitangan adalah rahsia kecuali kepada mereka yang berhak.
- Mempastikan semua kakitangan sokongan berhubungan baik dan mesra dengan semua guru.
- Mempastikan kakitangan sokongan berpeluang menghadiri kursus, taklimat serta lawatan bagi meningkatkan tahap kecekapan.
PPD & JPN
- Mematuhi segala arahan dari PPD dan JPN.
- Menyediakan segala maklumat yang dikehendaki mengikut masa yang ditetapkan.