Assalamualaikum dan selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita menghasilkan laman web sekolah SKBM 2010 ini.
Laman ini diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk warga pendidik sekolah ini dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita sepanjang tahun persekolahan.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah adalah bergantung kepada komitmen kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita.
Sesungguhnya bekerja secara kolaboratif, partisipatif, ownership dan harmonis yang kita amalkan selama ini telah berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan. oleh itu adalah diharapkan pendekatan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada tahun ini.
Marilah kita berganding bahu dan menanamkan semangat budaya cemerlang demi merealisasikan VISI dan MISI SKBM.
Semoga Matlamat kita diberkati Allah. InsyaAllah.
"Guru Penjana Modal Insan Gemilang"
Hj Ahmad Mudakir b. Hj Anuar
Guru Besar
SK (LKTP) Bukit Mendi
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam ialah satu usaha menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, kepercayaan dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.